Description
Apabila melancong ke Terengganu, pastikan untuk mencuba menu nasi dagang, hidangan tempatan yang tidak boleh dilewatkan. Di sekitar Kuala Terengganu, terdapat beberapa tempat menarik untuk menikmati nasi dagang, dan salah satu yang terkenal telah beroperasi selama hampir 10 tahun adalah Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur kerana lokasinya yang bersebelahan dengan kawasan kubur.
Nasi Dagang Atas Tol buka seawal jam 6 pagi dan biasanya habis sebelum jam 11 pagi. Pada hujung minggu, khususnya hari Jumaat dan Sabtu, atau semasa cuti sekolah, pengunjung perlu bersabar kerana tempat ini sering dikunjungi oleh ramai orang yang ingin membeli nasi dagang. Minuman 'signature' di sini adalah Teh Ais Madu atau Teh Ais Ombak Rindu, yang memiliki buih yang sangat tinggi dan pasti akan membuatkan air liur anda mengalir semasa menunggu untuk
Lokasi
-
hadapan surau atas tol 21070 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia