
Website Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
🔍 JAWATAN KOSONG: Pembantu Hal Ehwal Islam – Gred S1 🔍
💼 Majikan: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
📍 Lokasi: Negeri Terengganu
💰 Gaji: RM1,500 – RM4,680
📈 Kenaikan Tahunan: RM100.00
⏳ Jawatan: Sepenuh Masa (Pelaksana)
Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa warganegara yang berkelayakan, khususnya anak negeri Terengganu, untuk mengisi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
📌 Syarat Lantikan:
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan
-
Memiliki salah satu kelayakan berikut:
✅ SPM dengan syarat:
• Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah; dan
• Lulus dalam subjek Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
→ Gaji permulaan RM1,500.00
✅ SPM + Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan → Gaji permulaan RM1,561.00
✅ SPM + Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan → Gaji permulaan RM1,622.00
📌 Syarat Bahasa Melayu:
-
Kepujian minimum Gred C dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
📌 Ringkasan Tugas:
-
Membantu melaksanakan program pembangunan syiar Islam di peringkat jabatan dan masyarakat
-
Terlibat dalam pengurusan aktiviti dakwah, pendidikan agama, serta pengimarahan masjid dan surau
-
Menyokong kerja pentadbiran Hal Ehwal Islam termasuk dokumentasi, rekod, dan laporan
-
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan
📌 Maklumat lanjut & permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Terengganu mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
✅ Jangan lupa like, follow, dan share untuk kemas kini peluang kerja menarik dari My Ganu Job!
🔔 Ikuti kami di Telegram & Facebook untuk info terkini peluang pekerjaan di Terengganu!
👉 Telegram: https://t.me/myganujobs
👉 Facebook: https://www.facebook.com/myganujobs
#KerjaKosong #MyGanuJobs #Terengganu #PembantuHalEhwalIslam #KerajaanTerengganu #SPN
To apply for this job please visit spntre.terengganu.gov.my.